Bekas diktator dibicarakan

SEOUL, 27 APRIL – Bekas diktator Korea Selatan, Chun Doo-hwan hari ini dibicarakan kerana memfitnah seorang aktivis paderi yang mendokumentasikan tindakan keras oleh tenteranya ke atas aktivis pro demokrasi di Gwangju.

Satu kebangkitan di bandar selatan terhadap kerajaan tentera Chun empat dekad lalu berakhir dalam pertumpahan darah ketika undang-undang tentera dikuatkuasakan mengakibatkan lebih 200 orang mati atau hilang, menurut satu angka rasmi. Aktivis mengatakan angka kematian mungkin tiga kali lebih tinggi. Chun merampas kuasa dalam satu kudeta tentera pada tahun 1979 dan memerintah secara kuku besi sehingga 1988, berundur selepas satu demonstrasi besar-besaran memaksanya untuk menyetujui langkah memulihkan demokrasi. – AFP