Bekas diplomat AS lawat Myanmar

YANGON, 2 NOV – Bekas diplomat Amerika Syarikat (AS) dan perunding tebusan, Bill Richardson tiba di Myanmar untuk ‘misi kemanusiaan persendirian’, menurut pertubuhannya, ketika negara tersebut memasuki sembilan bulan di bawah pemerintahan junta yang menahan seorang jurnalis AS.

Myanmar yang bergolak sejak rampasan kuasa pada Februari setelah menyingkirkan pemimpin awam, Aung San Suu Kyi. Gagal untuk menghentikan bantahan, pihak berkuasa telah melancarkan serbuan berdarah yang membunuh lebih 1,200 orang, menurut kumpulan pemerhati tempatan.

Bekas duta Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB), Richardson akan ‘membincangkan penghantaran kemanusiaan vaksin COVID-19, bekalan perubatan dan keperluan kesihatan awam,’ menurut pertubuhannya, Pusat Richardson, dalam kenyataan yang diumumkan pada Ahad.

Kenyataan tidak menyebutkan sama ada Richardson akan membangkitkan kes jurnalis AS, Danny Fenster, yang ditahan pada Mei dan sejak itu didakwa dengan menggalakkan bantahan ke atas tentera dan pertubuhan penentang.

Ketua penyunting berita tempatan, Frontier Myanmar, Fenster ditahan di Lapangan Terbang Antarabangsa Yangon ketika dia cuba meninggalkan negara tersebut. Dia ketika ini dalam perbicaraan dan berdepan hukuman penjara enam tahun sekarang sabit atas kedua-dua tuduhan.

Media tempatan, Myanmar Now melaporkan Richardson bakal mengadakan pertemuan dengan pemimpin junta dan pegawai kanan yang lain.

Richardson, bekas gabenor di New Mexico, mengadakan rundingan bagi ‘pembebasan tebusan dan tentera AS di Korea Utara, Cuba, Iraq dan Sudan,’ menurut laman sesawang pusatnya. – AFP

Bill Richardson tiba di Myanmar untuk misi kemanusiaan persendirian membincangkan penghantaran kemanusiaan vaksin COVID-19, bekalan perubatan dan keperluan kesihatan awam.- AP