Thursday, February 20, 2025
22.4 C
Brunei

    Berita Terkini

    Bekas gabenor dihukum penjara

    ABUJA, 31 Mei – Bekas gabenor merangkap menteri Negeri Taraba di Nigeria, Jolly Nyame, telah dihukum penjara 28 tahun dengan 14 tahun daripadanya adalah bagi kesalahan pecah amanah jenayah.

    Hakim Mahkamah Tinggi Persekutuan, Adebukola Banjoko, yang berang ketika menjatuhkan hukuman itu berkata: “Tidak ada justifikasi moral bagi tahap kecurian yang dilakukan tertuduh secara terang-terangan. Oleh itu, mahkamah perlu mengenakan hukuman berat sebagai amaran pegawai-pegawai awam lain, yang mungkin cenderung untuk melakukan kesalahan serupa.”

    Bekas gabenor Taraba itu turut dihukum penjara dua tahun bagi kesalahan melakukan penyelewengan jenayah, tujuh tahun kerana menerima suapan dan lima tahun kerana memperoleh wang secara tidak sah.

    Nyame, yang mula dibicarakan pada 13 Julai 2007, berdepan 41 pertuduhan yang dikemukakan oleh Suruhanjaya Jenayah Ekonomi dan Kewangan (EFCC) bagi kesalahan penyelewengan jenayah, pengalihan dana awam serta pecah amanah. Dalam penghakiman yang memakan masa lebih empat jam, Hakim Banjoko mendapati Nyame bersalah atas 16 pertuduhan melakukan pecah amanah jenayah.

    Beliau juga didapati bersalah atas 11 pertuduhan menyeleweng dana awam dan dua pertuduhan rasuah.

    Nyame bagaimanapun dibebaskan daripada 12 pertuduhan lain. – Bernama

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda