Thursday, April 25, 2024
26.3 C
Brunei

    -

    Bekas gerai tepi jalan perlu diroboh

    Rasa-rasanya mungkin ramai sudah membuat persediaan Hari Raya dan mula memenuhi gedung-gedung membeli barangan Hari Raya.

    Di samping itu para peniaga gerai Ramadan mula berkurangan lebih-lebih lagi peniaga tepi jalan.

    Memang tidak dinafikan mendirikan gerai atau pondok di tepi jalan sebenarnya merupakan satu kesalahan kerana boleh mengundang bahaya dan pemandangan yang tidak menyenangkan, namun di negara kita gerai-gerai tepi jalan ini kurang diperketatkan berkemungkinan tempoh perniagaan bukanlah dalam jangka masa yang lama hanya dalam masa sebulan Ramadan.

    Walau bagaimanapun, sesetengah peniaga yang mendirikan pondok sementara, membiarkan begitu saja pondok yang didirikan tanpa dirobohkan selepas tidak lagi berniaga. Malah lebih menyakitkan pemandangan, peniaga-peniaga berkenaan membiarkan kawasan bekas gerai atau pondok kotor dengan timbunan sampah yang boleh mengundang pencemaran bau dan menyakitkan mata melihatnya.

    Lebih teruk lagi, sesetengah peniaga juga seolah-olah mengambil kesempatan dalam kesempitan seperti mendirikan pondok kekal sedangkan sudah tahu menjadi satu kesalahan membangunkan binaan di tanah milik kerajaan dan memadai dengan mendirikan kem atau payung besar untuk berniaga.

    Bagi pandangan saya, jangan hanya tahu berniaga meskipun pihak kerajaan tidak melakukan tindakan ketat dan perlu bertanggungjawab menjaga kebersihan sekitar dengan tidak membiarkan pondok didirikan terbengkalai begitu sahaja.

    Rakyat

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Hingga 160 paus pilot terdampar di Australia, sekurang-kurangnya 26 maut

    MELBOURNE, 25 APRIL - Sehingga 160 ekor paus pilot bersirip panjang terdampar di pantai barat Australia hari ini dan sekurang-kurangnya 26 maut sebelum pihak...