Bekas jeneral Pakistan dihukum mati

ISLAMABAD, 17 DIS – Bekas pemimpin tentera Pakistan, Pervez Musharraf dijatuhkan hukuman mati hari ini setelah didapati bersalah atas kesalahan pengkhianatan, satu tindakan yang tidak pernah berlaku dahulu di sebuah negara yang angkatan bersenjatanya sering dianggap kebal daripada pendakwaan.

Keputusan mahkamah itu menandakan yang pertama kali bekas ketua angkatan bersenjata telah dihukum mati di Pakistan, di mana tentera mengekalkan pegangan kuat atas kuasa dan memerintah negara hampir separuh daripada 72 tahun sejarahnya.

Musharraf telah lari dari negara itu sejak tegahan perjalanannya dibatalkan pada 2016 yang membenarkannya untuk mendapatkan rawatan perubatan di luar negara.

Beliau yang berusia 76 tahun itu sering menghabiskan masanya antara Dubai dan London.

Beberapa sumber media Pakistan melaporkan perbicaraan dan hukuman itu, sementara pegawai kanan mahkamah mengesahkan keputusan tersebut kepada AFP. – AFP

Gambar fail yang diambil pada 14 November 2014 menunjukkan bekas pemerintah tentera Pakistan, Jeneral Pervez Musharraf semasa ditemu bual di Karachi. – AFP