Bekas juara Olimpik lakukan cabaran

PARIS, 12 APRIL – Bekas pemenang Olimpik, Jan Frodeno kelmarin telah menghabiskan satu triatlon yang mencabar tanpa meninggalkan rumahnya.

Frodeno, juara pingat emas di sukan Olimpik 2008 di Beijing, menghabiskan lapangan dalam masa lapan jam 33 minit dan 39 saat.

Perlumbaannya bermula dari rumahnya di Girona, dengan 3.8 kilometer di kolam renang membalas arus, berbasikal di rumah sejauh 180 kilometer, dan berlari sejauh 42.2 kilometer maraton di atas treadmil.

“Ia sememangnya berbeza dan menyeronokkan,” atlet Jerman tersebut berkata.

“Saya sangat gembira kami mampu melakukannya, dan meraih dana untuk tujuan yang baik dan penting.

“Kami berada di bawah perintah berkurung untuk hampir empat minggu sehingga hari ini dengan pemantauan ketat yang dikenakan ke atas peraturan.

Frodeno berkata sebahagian dari 200,00 euro yang telah disumbangkan akan diberikan kepada Laureus Sport untuk satu projek di bandar Sepanyol di Girona, di mana dia tinggal.

Selebihnya akan disumbangkan kepada institusi penjagaan kesihatan se-tempat yang terlibat bagi menangani koronavirus. – AFP