Bekas jurnalis dipenjara 27 tahun

ISTANBUL, 23 DIS – Mahkamah Turki hari ini menjatuhkan hukuman penjara lebih dari 27 tahun ke atas bekas ketua penyunting pihak pembangkang, akhbar Cumhuriyet yang hidup dalam buangan atas dakwaan membantu kumpulan pengganas dan pengintip.

Mahkamah mendapati Can Dundar – yang melarikan diri ke Jerman pada 2016 – bersalah berhubung dengan berita mengenai dakwaan Turki menghantar senjata kepada pihak pemberontak Syria menentang presiden Bashar al-Assad.

Dia dihukum penjara selama 18 tahun dan sembilan bulan kerana ‘mendapatkan maklumat sulit untuk pengintip’ dan hukuman penjara lapan tahun dan sembilan bulan kerana ‘membantu kumpulan pengganas’ diketuai oleh pendakwah Islam berpangkalan di Amerika Syarikat 9AS), Fethullah Gulen.

Kerajaan Turki menuduh pendakwah tersebut atas rancangan mereka cuba merampas kuasa pada 2016 untuk menggulingkan presiden Recep Tayyip Erdogan.

Kumpulan berhaluan kanan sering kali menuduh Turki melemahkan kebebasan akhbar dengan menahan jurnalis dan menutup rangkaian media yang mengkritik.

Jawatankuasa untuk Melindungi Jurnalis yang berpangkalan di AS menyenaraikan Turki sebagai salah sebuah negara yang membuat penahanan tertinggi selepas China dalam laporan tahunan global minggu lalu.

Mereka mendapati seramai 37 orang jurnalis di penjara tahun ini – kurang dari separuh jumlah penahanan pada 2016 ketika cubaan rampasan kuasa.

Peguam Dundar memboikot sesi pendengaran hari ini kerana dia tidak percaya perbicaraan akan dilakukan secara adil. – AFP

Gambar fail Can Dundar semasa meninggalkan penjara di luar Istanbul selepas dibebaskan dari tahanan. Mahkamah Turki menjatuhkan hukuman penjara lebih dari 27 tahun ke atas Dundar atas dakwaan membantu kumpulan pengganas dan pengintip.- AP