Saturday, April 20, 2024
24.4 C
Brunei

    -

    Bekas kakitangan Yaohan adakan majlis pertemuan

    BANDAR SERI BEGAWAN, 15 SEPT – Lebih daripada 60 bekas kakitangan Gedung Membeli-Belah Yaohan telah menghadiri majlis makan malam yang diadakan baru-baru ini di Hotel Higher, Kiulap.

    Majlis diadakan bertujuan mengeratkan ikatan persahabatan selain bertukar-tukar khabar di antara bekas kakitangan. Majlis dimeriahkan dengan pelbagai acara menarik, termasuk cabutan bertuah yang ditaja oleh Edel daripada Tinkerbell Learning School, juga bekas kakitangan Yaohan.

    Tetamu khas pada malam itu ialah Profesor Dr Haji Ismail bin Opak, yang telah menyokong anjuran majlis pertemuan selain memberikan nasihat kepada jawatankuasa majlis tersebut. Sebagai menghargai jasanya kepada syarikat, beliau telah menerima hadiah atas khidmat lamanya. Sementara itu, Reena dan Kamal telah memenangi pertandingan pakaian paling cantik pada majlis itu.

    Reena dan Kamal bergambar bersama hadiah yang dimenangi pada majlis tersebut.
    Gambar ramai bekas kakitangan Yaohan pada majlis makan malam yang diadakan di Hotel Higher, Kiulap, baru-baru ini.

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    5 pekerja jadi sasaran serangan nekad

    KARACHI, 19 APRIL - Seorang pengebom nekad meletupkan jaketnya yang sarat dengan bahan letupan berhampiran sebuah van yang membawa pekerja kereta warga Jepun, yang...