Thursday, October 10, 2024
30.7 C
Brunei

    Berita Terkini

    Bekas ketua kerani dipenjara 18 bulan

    Oleh Rafidah Jumat

     

    pg06_mahkamah logo2BANDAR SERI BEGAWAN, 1 Feb – Seorang bekas ketua kerani di Balai Polis Pusat dijatuhi hukuman 18 bulan penjara oleh Mahkamah Perantaraan di sini, hari ini, atas pertuduhan melakukan pecah amanah membabitkan wang $29,348 pada 2013.

    Hakim Haji Nabil Daraina bin PUKDPSS Ustaz Haji Badaruddin memutuskan hukuman itu ke atas Haji Sarbini bin Damong Haji Ahmad, 45, yang mengaku bersalah atas pertuduhan menggelapkan wang tersebut pada November dan Disember 2013.

    Menurut fakta kes daripada Timbalan Pendakwa Raya, Emily Goh, antara 16 November hingga 19 Disember 2013, tertuduh menerima wang berjumlah $29,348 daripada denda kompaun, perkara umum dan bon jaminan di mana dia sepatutnya mendepositkan wang itu ke bank akaun kerajaan Brunei Darussalam dan memberi salinan resit dan slip bank kepada Unit Pentadbiran dan Kewangan, Ibu Pejabat Polis.

    Tertuduh bagaimanapun tidak membuat simpanan ke dalam bank akaun tersebut, sebaliknya menggunakan wang itu untuk kegunaan sendiri.

    Perbuatan tertuduh hanya terbongkar apabila rakan sekerjanya mengambil alih tugasnya ketika dia bercuti, yang mana tertuduh didapati tidak pernah membuat simpanan wang yang diterima itu ke dalam bank akaun dan juga tidak menghantar salinan resit ke unit berkenaan.

    Perkara itu hanya dilaporkan pada 1 Mac 2014 dan disiasat oleh Bahagian Siasatan Jenayah Komersial, Pasukan Polis Diraja Brunei.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda