Bekas ketua PBB meninggal dunia

PERTUBUHAN BANGSA-BANGSA BERSATU, 5 MAC – Bekas ketua Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB),  Javier Perez de Cuellar, meninggal dunia pada usia 100 tahun, di Lima, Peru, menurut media tempatan kelmarin.

Agensi berita Xinhua melaporkan Perez de Cuellar pernah berkhidmat sebagai Setiausaha Agung PBB dari 1982 hingga 1991, dan mengetuai badan dunia itu semasa perang Iran-Iraq.

Perez de Cuellar menyambut ulang tahunnya ke-100 pada Januari. – Bernama