Sunday, December 4, 2022
25.9 C
Brunei

-

Bekas ketua Tepco mengaku tidak bersalah

TOKYO, 30 Jun – Tiga bekas eksekutif Tokyo Electric Power Co. meminta maaf di mahkamah hari ini atas krisis nuklear Fukushima 2011, tetapi mereka mengaku tidak bersalah terhadap dakwaan kecuaian profesional.

Tsunehisa Katsumata, bekas pengerusi TEPCO berusia 77 tahun, dan dua bekas naib presiden berkata mereka tidak fikir mereka memikul tanggungjawab jenayah, disebabkan mereka tidak dapat meramalkan tsunami besar yang membanjiri loji.

Isu tersebut dijangka menjadi pokok perbicaraan mereka, yang pertama untuk menimbang sama ada pegawai utiliti memikul tanggungjawab jenayah. TEPCO sendiri belum didakwa.

Perbicaraan bermula di Mahkamah Daerah Tokyo dan mungkin mengambil masa lebih setahun.

Seorang pendakwa memberitahu mahkamah bahawa ketiga-tiga defendan mempunyai kemudahan menggunakan data dan kajian yang menjangka risiko tsunami melebihi 10 meter mungkin mencetuskan bekalan elektrik terputus dan kemalangan teruk.

“Mereka terus mengendali reaktor tanpa mengambil sebarang langkah,” kata pendakwa. “Jika mereka telah memenuhi tanggungjawab keselamatan mereka, kemalangan tidak akan berlaku.”

Tiga reaktor telah lebur, dan radiasi tersebar ke komuniti sekeliling selepas kilang nuklear di utara Tokyo terjejas oleh gempa bumi dan tsunami pada 11 Mac 2011.

Berpuluh ribu penduduk dipaksa berpindah, dan sesetengah kawasan masih tidak berpenghuni lebih enam tahun kemudian. – AP

- Advertisment -

Disyorkan Untuk Anda

China longgarkan lagi peraturan COVID

BEIJING, 2 DIS – Bandar di seluruh China membatalkan arahan sekatan COVID hari ini dengan melonggarkan peraturan ujian dan kuarantin susulan protes di seluruh...
- Advertisment -