Bekas lelaki paling berat dunia atasi COVID-19

BANDAR MEXICO, 24 SEPT – Seorang lelaki warga Mexico yang pernah menjadi lelaki paling berat di dunia berjaya mengatasi koronavirus, yang dipercayai dibantu oleh pemakanan, senaman dan pembedahan mengurangkan lemak yang menyaksikan beratnya kurang sebanyak ratusan kilo.

Juan Pedro Franco mempunyai berat badan 595 kilo – lebih daripada berat beruang kutub jantan dan cukup untuk melayakkan diri memasuki Rekod Dunia Guinnes pada 2017.

Lelaki berusia 36 tahun itu kini mempunyai berat badan 208 kilo, namun sejarah diabetes, tekanan darah tinggi dan penyakit pulmonari kronik menjadikan pergelutannya dalam memerangi virus itu amat meletihkan.

“Ia adalah penyakit yang amat agresif. Saya mengalami sakit kepala, sakit badan, kesukaran bernafas dan demam. Saya adalah orang yang berisiko amat tinggi,” beritahu Franco kepada AFP dari rumahnya di tengah negeri Aguascalientes. – AFP