Bekas maharani Jepun hidap masalah jantung

TOKYO, 11 JUN – Bekas Maharani Jepun, Michiko yang berusia 84 tahun telah membuat perjalanan ke bandar Kyoto, dengan doktornya mengatakan beliau menghidap masalah jantung namun masih lagi okey selagi keadaan kesihatannya sering dipantau.

Para pegawai istana berkata Michiko ditemani suaminya, Akihito, menuju ke bandar purba Kyoto hari ini sebagai sebahagian daripada upacara turun takhtanya baru-baru ini.

Pasangan itu bakal berkunjung ke makam moyang Akihito, Maharaja Meiji dan buyut Komei, kedua-duanya di Kyoto. – AP