Bekas menteri didakwa rasuah

NEW YORK, 21 Nov – Bekas pengendali kartel memberitahu sidang pendengar Amerika Syarikat (AS) ke atas Joaquin ‘El Chapo’ Guzman, semalam, bahawa dia telah memberi rasuah kepada seorang bekas menteri kabinet Mexico berjuta-juta dolar yang dimasukkan dalam dua beg pakaian dan diserahkan di sebuah restoran.

Jesus Zambada, pemberi maklumat kerajaan yang dalam tahanan AS sejak 2008, berkata rasuah itu diserahkannya sendiri kepada bekas menteri keselamatan awam Mexico, Genaro Garcia Luna antara 2005 hingga 2006.

Zambada berkata kartel Sinaloa juga menyogok Gabriel Regino, yang pada ketika itu bekerja sebagai pegawai polis kanan di bawah presiden Mexico pada masa ini, Andres Manuel Lopez Obrador apabila presiden itu menjadi datuk bandar Bandar Mexico.

Jumlahnya? “beberapa juta dolar” pada 2005.

Zambada berkata Regino disogok bagi mendapatkan ‘perlindungan’ kartel.

Regino dengan pantas menafikan pertuduhan itu bahawa dia pernah menerima rasuah daripada Zambada, katanya di Twitter. Garcia Luna menolak kenyataan itu sebagai ‘dusta, fitnah dan sumpah bohong’.

Saksi mendakwa pada ketika rasuah pertama berlaku, beg pakaian berisi wang sebanyak AS$3 juta, Garcia Luna merupakan seorang pegawai kanan di pejabat peguam negara, jawatan yang dipegangnya dari 2002 hingga 2006.

Pada ketika itu pembayaran kali kedua sebanyak AS$3 hingga AS$5 juta pada 2006, adalah apabila dia bekerja sebagai anggota kabinet persekutuan di bawah Presiden Felipe Calderon sebagai menteri keselamatan awam yang bermakna dia mengetuai polis persekutuan Mexico.

Zambada telah membuat pendedahan di bawah pemeriksaan balas daripada peguam bela Guzman, William Purpura pada hari keempat dan terakhir dia memberi testimoni. – AFP

William Purpura tiba di Mahkamah Persekutuan Brooklyn bagi mendengarkan sesi perbicaraan Joaquin ‘El Chapo’ Guzman di New York pada 14 November lalu. – AFP