Sunday, March 16, 2025
27.7 C
Brunei

    Berita Terkini

    Bekas menteri gesa tangguh parlimen

    LONDON, 11 MAC – Bekas menteri kerajaan Britain hari ini menggesa supaya parlimen ditangguhkan selepas seorang ahli parlimen telah dijangkit koronavirus.

    Rory Stewart, bekas ahli parlimen parti Konservatif yang kini bertanding untuk datuk bandar London, berkata dewan rendah, House of Commons, ‘patut ditutup daripada membuat perjumpaan secara bersemuka’ bagi mengelakkan penularan virus tersebut.

    Beliau memberi komen selepas Nadine Dorries, ahli parlimen Konservatif dan timbalan menteri kesihatan, telah diuji positif COVID-19 kelmarin.

    Beliau yang menghadiri sebuah acara yang dianjurkan oleh Perdana Menteri, Borris Johnson minggu lalu tetapi sumber dari Downing Street berkata mereka tidak membuat kontak rapat.

    Menurut sumber, perdana menteri tidak menunjukkan sebarang gejala dan tidak diperlukan untuk menjalani ujian, namun beliau terpaksa mengikut arahan kesihatan untuk kerap mencuci tangan.

    Walau bagaimanapun, ahli parlimen parti pembangkang Labour, Rachael Maskell, mendedahkan beliau telah diberitahu oleh panggilan perkhidmatan kesihatan untuk mengasingkan diri selepas perjumpaan dengan Dorries minggu lalu, walaupun beliau tidak menunjukkan sebarang gejala.

    “Ahli-ahli parlimen berada dalam risiko besar melalui kontak dengan kerap dan berkumpul di tempat yang ramai,” kata Stewart menerusi akaun Twitter miliknya, merupakan bekas menteri yang menentang Johnson.

    “Mereka berada dalam keadaan bahaya dijangkiti sesama mereka dan terus menjangkiti yang lain. Inilah masanya untuk bertindak.”

    Buat masa ini tiada ada ‘perancangan untuk mengantungkan parlimen’ tetapi menambah bahawa situasi akan di pantau di bawah ‘kajian berterusan’.

    Enam orang telah disahkan meninggal di Britain disebabkan oleh wabak yang melanda di seluruh dunia, dari 382 kes yang telah disahkan. – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda