Bekas menteri kesihatan Bolivia ditahan isu rasuah

LA PAZ, 25 MEI – Bekas menteri kesihatan Bolivia telah direman dalam tahanan atas penyiasatan rasuah terhadap ventilator dengan harga yang lebih tinggi untuk memerangi koronavirus, peguam negara berkata kelmarin.

Marcelo Navajas telah dipecat selepas dia ditahan pada Rabu lalu sebagai sebahagian daripada siasatan pembelian 179 buah mesin ventilator dari sebuah syarikat Sepanyol dengan harga hampir AS$5 juta, kira-kira dua setengah ganda lebih dari harga yang diiklankan.

Navajas akan ditahan selama tiga bulan dan enam bulan bagi pegawai-pegawai lain.

Hakim turut memerintahkan dua lagi pegawai supaya menjalani tahanan dari rumah.

Skandal itu terbongkar pada akhir minggu lalu ketika doktor rawatan rapi mengadu bahawa ventilator tidak sesuai untuk rawatan intensif di Bolivia.

Kemudian diketahui bahawa ia dibeli dengan harga yang sangat tinggi, dengan sebuah syarikat Sepanyol bertindak sebagai perantara.

Surat-surat antara Navajas dan syarikat Sepanyol menunjukkan bahawa bekas menteri telah ‘meluluskan proses ini,’ kata Terrazas. – AFP

Bekas menteri kesihatan Boliva telah ditahan dalam siasatan rasuah terhadap harga ventilator. – AFP