Bekas menteri pertahanan Mexico ditahan

BANDAR MEXICO, 16 OKT – Bekas menteri pertahanan Mexico Salvador Cienfuegos ditahan di Amerika Syarikat (AS) kerana disyaki mempunyai hubungan dengan penyeludupan dadah, kata Presiden Mexico Andres Manuel Lopez Obrador hari ini.

“Amat dikesali seorang bekas menteri pertahanan ditahan, dituduh mempunyai hubungan dengan penyeludupan dadah,” kata Lopez Obrador kepada wartawan sehari selepas Cienfuegos ditahan di lapangan terbang Los Angeles.

“Sudah tentunya, kesemua ini mesti dibuktikan,” kata beliau, menambah pihak berkuasa AS dijangka mengumumkan sebab-sebab penahanan pada lewat hari ini. Jeneral berusia 72 tahun itu, yang menjadi ketua pertahanan dari 2012 hingga 2018 di bawah bekas presiden Enrique Pena Nieto, dilaporkan telah mengadakan kunjungan bersama keluarganya apabila beliau ditahan. – AFP