LILONGWE, 20 Julai – Badan Pembasmi Rasuah Malawi Afrika Timur, Biro Anti Rasuah(ACB), semalam memberkas bekas menteri pertanian George Chaponda yang sedang disiasat bagi rasuah.
Chaponda disyaki terlibat dalam pemerolehan jagung yang mencurigakan dari negara jiran, Zambia dan baru-baru ini dipecat dari jawatan menteri pertanian oleh Presiden Peter Muthanka untuk memberi laluan bagi penyiasatan itu.
Jagung itu bertujuan untuk rakyat Malawi yang melalui tempoh kebuluran, yang berpunca dari kemarau berterusan dan turunan hujan berlebihan di beberapa bahagian di negara itu.
Menurut Egrita Ndala, Pegawai Kanan Perhubungan Awam ACB, biro itu telah menerima aduan Disember lalu bahawa prosedur tidak diikuti ketika pemerolehan makanan asas negara itu dari Zambia.
ACB telah menghantar pegawai-pegawainya ke Zambia pada Januari lalu yang mana mereka telah menemu bual bersama-sama Suruhanjaya Anti Rasuah Zambia.
Kejadian kebakaran berlaku tiba-tiba di pejabat Chaponda dan telah memusnahkan semua dokumen pada 14 Februari sementara penyiasatan masih dijalankan.
Ini membangkitkan kecurigaan awam bahawa kebakaran itu adalah cubaan terdesak Chaponda untuk memusnahkan semua bukti di tempat itu. – Xinhua