Bekas menteri sukan Indonesia dihukum penjara 7 tahun

JAKARTA, 30 JUN – Mahkamah Indonesia hari ini menjatuhkan hukuman penjara tujuh tahun ke atas bekas menteri belia dan sukan, Iman Nahrawi (gambar kiri, tengah) atas kesalahan rasuah.

Nahrawi didapati bersalah menerima rasuah untuk mengeluarkan geran bagi Jawatankuasa Sukan Negara (KONI). Bekas menteri berusia 46 tahun itu juga dilarang daripada bertanding bagi mana-mana jawatan awam selama empat tahun dan diberikan tempoh sebulan untuk memulangkan semula wang berjumlah AS$1.3 juta atau menyaksikan asetnya dilelong.

Nahrawi meletak jawatan tahun lalu apabila dinamakan sebagai suspek dalam kes tersebut – tidak mengaku bersalah, peguamnya, Wa Ode Nur Zainab memberitahu AFP. – AFP