Monday, March 17, 2025
23.1 C
Brunei

    Berita Terkini

    Bekas naib presiden Ecuador antara 18 dituduh terlibat rasuah

    QUITO, 29 Sept – Seramai 18 individu termasuk bekas Naib Presiden Ecuador Jorge Glas, dituduh terlibat dalam skandal rasuah membabitkan syarikat pembinaan gergasi dari Brazil, Odebrecht.

    Tuduhan difailkan di mahkamah tinggi oleh Ketua Pendakwa Ecuador kelmarin. Antara yang turut dituduh ialah pakcik kepada bekas naib presiden Ricardo Rivera dan bekas ketua pentadbir Carlos Polit.

    Bekas pengarah Odebrecht pada Rabu mengaku syarikatnya membayar AS$32.1 juta sebagai habuan untuk mendapatkan kontrak infrastruktur untuk tempoh lima tahun.

    Santos turut menyerahkan rakaman video perbualannya dengan Polit dan Rivera. Pada 29 Ogos, mahkamah Ecuador mengeluarkan perintah larangan ke luar negara kepada Glas.

    Hasil daripada maklumat diserahkan Jabatan Kehakiman Amerika Syarikat, dokumen berkaitan skandal rasuah Odebrecht mula didedahkan di seluruh Amerika Latin

    Odebrecht dikatakan telah membayar sejumlah AS$33.5 juta dari tahun 2007 hingga 2016. – Bernama-NNN-Xinhua

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda