Wednesday, May 14, 2025
25.2 C
Brunei

    Berita Terkini

    Bekas pegawai polis mengaku tidak bersalah

    Oleh Rafidah Jumat

     

    pg06_mahkamah logo2BANDAR SERI BEGAWAN, 1 Mac – Bekas pegawai polis yang didakwa semula atas pertuduhan rasuah dan menyalahgunakan kuasa mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret, hari ini.

    Bekas Ketua Unit Siasatan Jenayah Berat, Haji Khairur Rijal bin Haji Salim berdepan tuduhan menerima rasuah berupa kereta Toyota Hilux daripada Pengarah Urusan Say Koo Sdn Bhd, Liew Say Koo sekitar tahun 2012.

    Suapan itu merupakan ganjaran kerana membantu Liew Say Koo yang merupakan individu yang ditegah daripada memasuki negara ini selepas menjalani hukuman penjara pada 2007.

    Haji Khairur Rijal didakwa membantu Liew untuk masuk dan keluar dari Brunei berulang kali antara tahun 2011 dan 2013, kononnya Liew diperlukan untuk membantu siasatan polis.

    Dia juga menghadapi tuduhan menyalahgunakan kuasanya sebagai pegawai polis untuk mendapatkan Toyota Hilux daripada Liew Say Koo.

    Ketua Majistret menetapkan 29 Mac untuk sebutan perbincangan sebelum tertuduh dibicarakan.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda