Wednesday, March 19, 2025
24.7 C
Brunei

    Berita Terkini

    Bekas peguam negara siasat kes gangguan seksual

    SAN FRANCISCO, 21 Feb – Uber telah mengupah bekas peguam negara Eric Holder untuk mengkaji keadaan tempat kerja selepas seorang bekas kakitangan mendakwa mengalami gangguan seksual dan seksisme pada firma berkenaan.

    Susan Fowler, seorang jurutera yang bekerja di syarikat itu sehingga akhir tahun lepas berkata dalam satu siaran blog pada Ahad lepas bahawa pengurusnya melakukan ajakan seksual sejurus selepas dia menyertai syarikat itu pada akhir tahun 2015.

    Dia berkata dia membuat aduan kepada pengurus-pengurus yang lebih senior dan pada jabatan sumber hak asasi manusia syarikat berkenaan, namun diberitahu ia merupakan kesalahan pertama lelaki itu dan mereka tidak berasa selesa untuk menghukum seorang yang mempunyai prestasi kerja yang baik.

    Ketua Pegawai Eksekutif Uber, Travis Kalanick berkata dalam satu e-mel kepada kakitangan kelmarin bahawa Holder dan peguam lain di firma Covington & Burling “akan menjalankan satu semakan persendirian terhadap isu-isu spesifik berkaitan dengan persekitaran tempat kerja yang dibangkitkan oleh Susan Fowler, dan juga kepelbagaian dan penyertaan di Uber secara lebih meluas.”

    Kes berkenaan berkemungkinan akan menghidupkan kembali perdebatan mengenai seksisme dalam Lembah Silikon yang didominasi oleh lelaki.

    Holder merupakan bekas peguam negara Presiden Barack Obama di antara tahun 2009 dan 2015.

    Peguam-peguam itu akan dibantu oleh wartawan Arianna Huffington yang merupakan ahli lembaga Uber, kata Ketua Pegawai Eksekutif itu. – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda