Thursday, April 25, 2024
24.3 C
Brunei

    -

    Bekas pekerja penjara berdepan hukuman penjara 100 tahun

    INDIANAPOLIS, 7 DIS – Bekas pekerja Jabatan Penjara Indiana berdepan hukuman penjara 100 tahun di bawah perjanjian di mana dia bersetuju mengaku bersalah terhadap dua pertuduhan membunuh dalam serangan pisau dua tahun lalu di mana dua orang terbunuh dan mangsa ketiga cedera, kata pendakwa semalam.

    Kristen L Wolf, dari Madison, juga mengaku bersalah cuba menyerang dan membunuh dengan pisau dalam serangan di kawasan Indianapolis yang membunuh Victoria Cook, 24, dan Dylan Dickover, 28, serta mencederakan Elizabeth McHugh, kata Pendakwa Marion County, Ryan Mears. Hukuman akan ditetapkan pada 20 Januari.

    Saksi memberitahu penyiasat bahawa sebelum serangan, Wolf, dalam pakaian hitam dan bersenjatakan pisau memburu, mengetuk pintu depan rumah. Apabila Cook membuka pintu, Wolf terus menyerangnya dan mula menikamnya sebelum menyerang mangsa lain. – AP

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Gangguan bekalan elektrik, pelepasan air terawat Fukushima digantung

    TOKYO, 24 APRIL - Pelepasan air sisa terawat ke lautan dari loji nuklear Fukushima yang rosak telah digantung hari ini berikutan gangguan bekalan elektrik...