Thursday, April 18, 2024
30.9 C
Brunei

    -

    Bekas pemain bola sepak meninggal dunia akibat demensia

    LONDON, 4 MEI – Bekas pemain pertahanan Wales, Keith Pontin meninggal dunia akibat demensia yang disebabkan oleh trauma berulang di kepala semasa karier bermainnya menurut siasatan kelmarin.

    Pontin bermain untuk Cardiff, yang kini bermain di liga kedua di England, antara 1976 dan 1983 dan dipanggil untuk mewakili Wales sebanyak dua kali.

    Dia disahkan menghidap demensia onset awal pada 2015 di usia 59 tahun, dan meninggal dunia pada Ogos 2020 pada usia 64 tahun.

    Mahkamah Koroner Ponty-pridd di Wales menjelaskan pemeriksaan bedah siasat yang dijalankan ke atas Pontin mendapati punca kematian ialah ensefalopati traumatik kronik (CTE).

    CTE adalah keadaan otak yang progresif dipercayai disebabkan oleh pukulan berulang di kepala dan gegaran yang berulang-kali. Gejala CTE menjejaskan fungsi otak dan akhirnya membawa kepada demensia.

    Penyelidikan Stewart sebelum ini menunjukkan bekas pemain bola sepak profesional adalah 3.5 kali lebih berkemungkinan mati akibat penyakit neurodegeneratif berbanding populasi umum. – AFP

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Terumbu Sawar Besar alami pemutihan karang paling teruk

    CANBERRA, 17 APRIL - Sebahagian besar Terumbu Sawar Besar yang ikonik di Australia mengalami pemutihan karang pada musim panas 2023-24, menurut laporan kerajaan. Agensi kerajaan...