Bekas pemain NFL didakwa rogol pelajar

ATHENS, 17 JUN – Seorang bekas pemain NFL dan pemain bola sepak Universiti Georgia telah ditangkap dan didakwa kerana merogol seorang pelajar UGA, kata pihak berkuasa. Bacarri Jamon Rambo, 29 tahun, didakwa kelmarin dengan tuduhan merogol, lapor media setempat.

Dia ditahan di Penjara Daerah Athens-Clarke tanpa ikat jamin semalam.

Polis Daerah Athens-Clarke mengambil tindakan terhadap kes rogol yang dilaporkan Sabtu lalu di universiti berkenaan di sebuah kompleks pangsapuri di mana tempat Rambo dilaporkan tinggal.

Pelajar berusia 21 tahun itu memberitahu polis bahawa dia diserang dan mengenali lelaki yang merogolnya, dia menunjukkan profil Instagram dengan nama Rambo di atasnya.

Maklumat lebih lanjut tidak didedahkan.

Rambo telah menjadi penolong jurulatih dalam program bola sepak UGA sejak dua musim yang lalu.

Peguamnya, Kim Stephens, mengatakan penangkapan itu berpunca dari insiden antara Rambo dan mangsa pada malam Jumaat di kompleks pangsapuri, lapor The Atlanta Journal-Constitution.

Stephens mengatakan wanita itu memberitahu polis bahawa dia tidak bersetuju untuk melakukan hubungan seks sampai tahap tertentu tetapi Rambo mengatakan dia melakukannya.

“Dia bekerjasama dengan polis ketika mereka keluar,” kata Stephens.

“Semua ini berlaku dengan begitu cepat. Mereka tidak menunggu bukti saintifik atau apa-apa sebelum mereka mengeluarkan waran.” – AP