BOGOTA, 12 APRIL – Bekas pemain bintang tengah Colombia, Freddy Rincon berada dalam keadaan kritikal berikutan kemalangan rempuh antara kenderaan yang dinaikinya dengan sebuah bas, kata pihak berkuasa kelmarin.
Bekas pemain Real Madrid dan Napoli yang berusia 55 tahun itu dibawa ke hospital akibat kecederaan kepala yang teruk, menurut Dr Laureano Quintero dari klinik Imbanaco Grupo Quironsalud di bandar selatan Cali.
Rincon menjalani pembedahan hampir selama tiga jam sebelum dipindahkan ke unit rawatan rapi dalam “keadaan yang sangat kritikal, keadaanya masih belum diketahui,” menurut kata Quintero.
Sebuah bas Cali dan trak yang kelihatan membawa empat orang bertembung pada sekitar jam 9:30 pagi waktu tempatan, kata setiasausaha pengangkutan tempatan, Edwing Candelo.
Lima orang cedera dalam kemalangan tersebut, termasuk pemandu bas, kata Candelo.

Media tempatan mengongsikan satu video yang menunjukkan bahawa bas tersebut telah merempuh di sisi sudut trak berkenaan di persimpangan jalan.
Candelo berkata imej tersebut memberitahu bahawa lampu isyarat adalah merah ketika trak berkenaan melintas.
Dia berkata bahawa kedua-dua trak dan bas tersebut bergerak dengan laju.
Pemandu bas tersebut lulus ujian nafas untuk alkohol, manakala Candelo berkata tidak diketahui siapa yang memandu lori tersebut.
Rincon dilahirkan di bandar pelabuhan barat daya Buenaventura dan dikenali sebagai ‘Colossus’ semasa kerjayanya.
Dia adalah seorang bintang pemain untuk pasukan Colombia yang pernah beraksi di Piala Dunia di Itali pada tahun 1990.
Dia bermain sebahagian besar kariernya di Brazil, beraksi untuk Palmeiras dan Corinthians, di mana dia memenangi Piala Dunia Kelab FIFA pada tahun 2000. – AFP