Saturday, April 26, 2025
24.9 C
Brunei

    Berita Terkini

    Bekas pemilik AC Milan disenaraihitamkan

    BEIJING, 18 Okt – Bekas pemilik AC Milan yang merupakan seorang warga China telah dimasukkan dalam senarai hitam individu yang kurang dipercayai berikutan dengan hutang yang tidak dibayar yang melibatkan jutaan dolar, menurut mahkamah tempatan, yang mengarahkan pasportnya untuk dirampas.

    Li Yonghong dikatakan mengeluarkan dana yang tidak jelas mengenai pembelian salah satu kelab bola sepak Eropah yang paling berpengaruh dengan menubuhkan satu kelab dari bekas perdana menteri Itali, Silvio Berlusconi pada tahun 2017.

    Dia adalah salah seorang daripada berpuluh-puluh warga China yang memiliki kekayaan yang melabur atau hanya membeli beberapa kelab terbesar sukan itu selepas Presiden Xi Jinping mengisytiharkan dia mahu mengubah China menjadi kuasa besar dalam arena bola sepak.

    Tetapi pengaruh Li untuk AC Milan terancam sejak awal dan musim panas ini ketika mana pemiutang telah mengambil alih pengendalian kelab berkenaan.

    Perintah dari Jingmen City Intermediate People’s Court di tengah China pada musim luruh ini, yang dipublikasikan pada bulan Oktober, menunjukkan bahawa kekayaan Li semakin merosot.

    Gambar fail pada 14 April 2017 menunjukkan Yonghong Li bergambar bersama jersi kelabnya semasa sidang akhbar di Milan. – AFP

    Li telah berhutang 60 juta yuan (AS$8.7 juta) kepada syarikat pelaburan wilayah Hubei dan dia telah dikenakan penalti bernilai 12 juta yuan (AS$1.7 juta), menurut mahkamah.

    Tetapi mahkamah mendapati tiada aset untuk dirampas dan membayar balik pemiutang kerana Li tidak mempunyai deposit dalam bank atau kereta yang didaftarkan atas namanya.

    Sebaliknya nama Li ditambah kepada senaraihitam kebangsaan China dan individu yang tidak boleh dipercayai, di mana mereka telah ditahan daripada melakukan perjalanan dengan kereta api, kapal terbang, menginap di hotel-hotel mahal dan memohon kad kredit.

    Sebagai penduduk Hong Kong, pasport Li diperintahkan untuk dirampas dan dia dilarang memasuki atau keluar dari China, walaupun kini keberadaan masih tidak diketahui. – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda