Bekas pengerusi bank China mengaku terima rasuah AS$12 juta

BEIJING, 30 JULAI – Bekas pegawai kanan bank di China mengaku bersalah hari ini menerima secara haram aset bernilai lebih AS$12 juta setelah ditangkap tahun lalu dalam kempen rasuah Presiden Xi Jinping.

Hu Huaibang, bekas pengerusi dan setiausaha parti Bank Pembangunan China telah mengambil kesempatan atas kedudukannya dengan menerima secara haram wang dan barangan keseluruhan bernilai 85.5 juta yuan (AS$12.2 juta) antara 2009 dan 2019, semasa perbicaraan di mahkamah bandar Chengde.

Pertuduhan termasuk menggunakan statusnya – dan kakitangan di negara lain – membantu memperoleh dan menambah rangkaian kredit bank, menubuhkan syarikat kewangan auto, dan menolong kenaikan jawatan, lapor akhbar harian kerajaan, People Daily. Dia mengaku bersalah pada perbicaraan yang dihadiri lebih 30 orang termasuk perwakilan kongres rakyat perbandaran dan wilayah, tambah laporan itu. – AFP