Bekas pengetua wanita hadapi 74 tuduhan penderaan seksual

MELBOURNE, 9 APRIL – Bekas pengetua wanita sekolah ultra-ortodoks Yahudi yang dituduh melakukan penderaan seksual ke atas kanak-kanak, akan terus berada dalam tahanan sementara menunggu prosiding awal perbicaraan pada September.

Malka Leifer yang memiliki dwi kerakyatan Israel-Australia diekstradisi ke Australia pada Januari, menghadapi 74 tuduhan penderaan seksual kanak-kanak ketika berkhidmat sebagai guru pengajian agama dan pengetua di Sekolah Adass Israel di Melbourne.

Beliau yang muncul melalui pautan video di Mahkamah Majistret Melbourne, tidak memohon jaminan dan akan tetap berada dalam tahanan menjelang perbicaraan selama lima hari yang dijadualkan bermula 13 September ini.

Leifer hanya bercakap sekali untuk mengesahkan bahawa dia dapat mendengar prosiding.

Mahkamah diberitahu bahawa perbicaraan awal itu nanti akan menentukan sama ada Leifer akan dibicarakan di mahkamah yang lebih tinggi, yang akan mendengar keterangan daripada 10 saksi di mana beberapa orang daripadanya adalah dari Israel.

Menurut kertas tuduhan, dia didakwa memperkosa, melakukan serangan tidak senonoh dan penderaan seksual kanak-kanak yang berlaku antara 2004 hingga 2008. – AFP

Bekas pengetua wanita yang dituduh melakukan penderaan seksual ke atas kanak-kanak, akan terus berada dalam tahanan sementara menunggu prosidingawal perbicaraan pada September. – Agensi