Thursday, April 25, 2024
27.9 C
Brunei

    -

    Bekas pengusaha kedai percetakan kini penjual puyuh

    PADANG BESAR – Hampir gulung tikar akibat pandemik COVID yang melanda seluruh dunia dua tahun lepas, bekas pengusaha kedai percetakan Siti Noor Hasmah Mohd Baharuddin, 29,  kini beralih kepada menternak burung puyuh dan memasang impian memasarkan produknya ke peringkat antarabangsa.

    Ibu dua anak itu berkata beliau memilih untuk menternak burung puyuh pada November 2020 setelah kedai percetakan yang diusahakan bersama dengan ahli keluarga tidak memberi pendapatan ketika negara menguatkuasakan Perintah Kawalan Pergerakan dari Mac 2020 hingga Disember 2021.

    “Ketika itu, saya dan empat ahli keluarga yang merupakan adik-beradik mencari idea bagi menyelamatkan perusahaan keluarga dan kami mula menternak burung puyuh secara kecil-kecilan bermodalkan RM8,000 serta membina sendiri reban di belakang rumah keluarga di Felda Mata Ayer,” kata pengasas Puyuh Kayangan Enterprise itu kepada Bernama.

    Siti Noor Hasmah berkata bermula daripada hanya menternak 4,000 ekor burung puyuh, beliau kini berjaya mengeluarkan sejumlah 4,000 ekor daging unggas itu dalam sebulan serta 1,500 biji telur benih dan 2,000 ekor anak burung puyuh.

    Beliau turut menghasilkan produk burung puyuh perap untuk pasaran sekitar Perlis, Kedah dan Pulau Pinang.

    Siti Noor Hasmah berkata bermula daripada hanya menternak 4,000 ekor burung puyuh, beliau kini berjaya mengeluarkan sejumlah 4,000 ekor daging unggas itu dalam sebulan serta 1,500 biji telur benih dan 2,000 ekor anak burung puyuh. – Agensi

    “Pada masa hadapan, kami bercita-cita ingin melebarkan sayap perniagaan ke pasaran Singapura memandangkan daging burung puyuh di sana mendapat sambutan yang tinggi,” katanya.

    Pengarah Jabatan Perkhidmatan Veterinar Perlis Dr Adam Abdullah pula berkata industri ternakan burung puyuh di negeri itu meningkat tiga kali ganda dalam tempoh enam tahun sejak 2015.

    “Pengeluaran burung puyuh di Perlis pada 2015 ialah 17,000 ekor dan ia bertambah kepada 50,089 ekor pada 2021,” katanya.

    Beliau berkata melalui Dasar Agromakanan Negara, Perlis menerima insentif sebanyak RM125,000 bagi merangsang aktiviti membangunkan industri burung puyuh.

    “Pembangunan industri adalah dari segi agihan anak burung puyuh, mesin penetasan telur baka, naik taraf reban dan pembangunan Agroprenuer Muda puyuh yang terdiri daripada golongan belia,” katanya.

    Dr Adam juga berkata susulan itu, bilangan penternak burung puyuh di Perlis meningkat daripada lapan kepada 24 ladang dalam tempoh 2015 hingga 2021. – Bernama

     

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Gangguan bekalan elektrik, pelepasan air terawat Fukushima digantung

    TOKYO, 24 APRIL - Pelepasan air sisa terawat ke lautan dari loji nuklear Fukushima yang rosak telah digantung hari ini berikutan gangguan bekalan elektrik...