Bekas penjaga gol England meninggal dunia

LONDON, 13 APRIL – Bekas penjaga gol Chelsea dan England, Peter Bonetti telah meninggal dunia pada usia 78 tahun disebabkan oleh penyakit yang berpanjangan, kelab Liga Perdana Inggeris mengumumkan kelmarin.

Diberi nama gelaran ‘The Cat’ kerana kelincahannya, Bonetti handalan utama di Barat London selama hampir 20 tahun sepanjang tahun 1960an dan 1970an.

“Bekas penjaga gol kami telah menderita sakit sejak sekian lama,” menurut kenyataan dari kelab.

“Semua yang berada di Chelsea ingin menyampaikan ucapan takziah kepada keluarga dan teman Peter.”

Bonetti yang membuat 729 penampilan untuk Chelsea, mencatatkan 208 tanpa bolos dalam karier bersama The Blues yang bermula sejak tahun 1960 hingga 1979, dia yang menyertai Stamford Bridge sebanyak dua kali yang berasingan pada tahun 1975 ketika menyertai Liga Bola sepak Utara Amerika bersama St LouisStars.

Penampilan PeterBonetti(tiga dari kiri atas) ketika beraksi bersama pasukan England dalam perlawanan persahabatan menentang Denmark pada tahun 1966. Bonetti telah meninggal dunia pada usia 78 tahun. – AFP

Rekod tanpa boleh Bonetti telah dipecahkan pada tahun 2014 oleh Petr Cech.

Hanya bekas rakan sepasukan Bonetti iaitu Ron Harris yang telah membuat lebih banyak penampilan untuk Chelsea, dengan pemain pertahanan tersebut membuat 795 penampilan untuk The Blues.

Dengan karier Bonetti yang bertindih dengan Gordan dan Peter Shilton, dia hanya membuat tujuh penampilan untuk England.

Dia merupakan ahli skuad yang memenangi Piala Dunia 1966, tetapi disebabkan prestasi Banks ketika itu telah menyebabkan dia tidak bermain semasa kejohanan itu.

Tetapi hanya pada tahun 2009, Bonetti menerima pingat kemenangan tersebut, kerana peraturan pada ketika itu hanya pemain kesebelasan yang beraksi ketika final yang akan menerima pingat.

Karier Bonetti bersama England adalah sesuatu yang akan diingati, tetapi hanya satu perlawanan malang pada Piala Dunia 1970 di Mexico.

Dengan Banks yang menderita keracunan makanan, Bonetti telah dipanggil untuk beraksi yang mana mereka tewas kepada negara Barat Jerman dalam pusingan suku akhir.

Pasukan Alf Ramsey mendahului 2-0 tetapi akhirnya tewas 2-3, dengan Bonetti dikritik kerana kecuaian dua gol pertama England.

Tetapi bersama Chelsea, dia membantu mereka memenangi Piala Liga 1965, dan Piala FA pada 1970 – selepas the Blues menewaskan musuh mereka, Leeds United dalam final timbal balik – dan Pemenang Piala Europah 1971. – AFP