Wednesday, January 15, 2025
23 C
Brunei

    Berita Terkini

    Bekas petugas unit amanah didakwa pecah amanah lebih RM263,000

    SIBU, 9 JAN – Seorang bekas petugas sebuah syarikat pengurusan unit amanah Cawangan Sibu didakwa di Mahkamah Majistret di sini hari ini atas tuduhan pecah amanah melibatkan wang berjumlah RM263,296.12.

    Alina Tommy, 32, berasal dari Kanowit didakwa melakukan perbuatan itu yang melibatkan wang pelabur antara 2020 hingga Mac 2024.

    Wanita itu didakwa mengikut Seksyen 408 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara minimum setahun dan maksimum 14 tahun dengan sebatan dan boleh dikenakan denda, jika sabit kesalahan.

    Tiada pengakuan direkodkan daripada tertuduh yang diwakili peguam Yap Hoi Liong.

    Majistret Romario Jonoi membenarkan Alina diikat jamin RM10,000 dengan dua penjamin dan menetapkan 23 Januari ini untuk sebutan semula kes di Mahkamah Sesyen.

    Kes dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Amoirul Hakim Mohamad Zamri. – Bernama

    Gambar Freepik
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda