Bekas PM Itali disahkan positif COVID-19

ROM, 3 SEPT – Bekas Perdana Menteri Itali, Silvio Berlusconi diuji positif COVID-19, menurut laporan media yang memetik sumber parti hartawan media itu, Forza Italia.

Menurut sumber itu, Berlusconi, yang akan menyambut hari kelahirannya yang ke-84 pada akhir September ini, menjalani dua ujian saringan sebelum didapati positif.

Namun, kata sumber itu kepada agensi berita AGI, Berlusconi menjalani tempoh kuarantinnya dengan meneruskan tugasnya daripada rumah beliau di Arcore, iaitu berhampiran dengan hab kewangan di Milan.

Menurut laporan berita La Repubblica, doktor yang merawat beliau, Alberto Zangrillo, bagaimanapun memberitahu bahawa Berlusconi tidak mempunyai gejala.

Berlusconi menjalani ujian saringan pertamanya pada 25 Ogos lalu selepas pulang daripada percutian di kediaman mewah miliknya di Sardinia. – AFP