Thursday, December 5, 2024
23.6 C
Brunei

    Berita Terkini

    Bekas PM Malaysia, Mahathir dibenar keluar dari hospital

    KUALA LUMPUR, 29 OKT – Bekas Perdana Menteri Malaysia yang berusia hampir 100 tahun, Mahathir Mohamad, telah dibenarkan keluar dari hospital, kata pejabatnya hari ini, selepas hampir dua minggu menerima rawatan kerana jangkitan pernafasan.

    “Mahathir secara rasmi keluar dari hospital kelmarin (Isnin),” pejabatnya memberitahu AFP, sambil menambah beliau akan bekerja di pejabat seperti biasa. Mahathir berusia 99 tahun Julai lalu, akan tetapi dimasukkan ke hospital kerana batuk berterusan hanya beberapa hari selepas hari lahirnya.

    Beliau telah menghabiskan hampir tiga bulan di hospital awal tahun ini.

    Mahathir memimpin Malaysia dari 1981 hingga 2003 dan pada 2018 pada usia 92 tahun, tetapi gabungannya runtuh dua tahun kemudian akibat pergaduhan dalam parti.

    Mahathir kehilangan kerusi Parlimennya dalam kekalahan mengejut pada 2022 namun terus aktif dalam politik dan muncul sebagai pengkritik utama Perdana Menteri Malaysia, Anwar Ibrahim. – AFP

    Gambar Envato
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda