Bekas PM Perancis dibicarakan

PARIS, 23 April – Bekas perdana menteri Perancis, Francois Fillon, yang pada tahun 2017 membida untuk jawatan presiden telah dicemari dengan skandal kerja palsu melibatkan isterinya, akan berdepan perbicaraan berhubung pertuduhan itu, menurut sumber kehakiman kepada AFP hari ini.

Hakim-hakim yang menyiasat telah merekomenkan beliau dibicarakan atas tuduhan salah guna wang awam, salah guna aset korporat, konspirasi dan gagal untuk mendedahkan sepenuhnya aset kewangannya kepada pemerhati Perancis.

Isterinya, Penelope kelahiran Wales berdepan tuduhan ringan kerana bersubahat atas penyalahgunaan wang awam dan berkonspirasi untuk menyalahgunakan aset korporat, menurut sumber perundangan.

“Ia adalah langkah normal seterusnya dalam proses,” kata salah seorang sekutu politik Fillon memberitahu AFP.

Fillon dilihat dalam laluan untuk memenangi jawatan presiden Perancis sebelum pendedahan itu disiarkan oleh akhbar penyiasat Le Canard Enchaine pada Januari 2017 sekali gus mencemarkan kredibilitinya. – AFP

Gambar fail yang diambil pada 20 Mac 2017 menunjukkan Francois Filon bersama isterinya. – AFP