Bekas ‘PM Yingluck’ di London
BANGKOK, 31 Dis – Beberapa lagi foto tersebar yang menunjukkan seorang wanita dikatakan bekas Perdana Menteri Thai Yingluck Shinawatra yang ‘menghilang diri’ sedang bersiar-siar di sebuah pusat beli-belah yang tidak dinyatakan di London. Gambar-gambar itu yang tersiar di sebuah Facebook akaun @secret100million juga menunjukkan “Yingluck” ditemani budak lelaki belasan tahun, dikatakan anaknya, Supasek Amornchat, 15.


































