Bekas presiden FIA meninggal dunia

LONDON, 25 MEI – Max Mosley, bekas presiden badan pengurusan sukan motor dunia, FIA, meninggal dunia pada usia 81 tahun, bekas supremo Formula Satu, Bernie Ecclestone mengumumkan kelmarin.

Mosley menjadi presiden FIA pada 1993 selepas berkhidmat dalam tugasan pentadbiran dalam sukan, termasuk Formula Satu.

Bekas pelumba, yang menderita sakit barah, berkhidmat selama tiga penggal sebagai presiden sebelum meletak jawatan pada 2009.

Ecclestone memberitahu agensi berita PA, “Max ibarat keluarga saya. Kami seperti saudara. Saya lega kerana dia sudah lama menderita.”

Mosley merupakan anak kepada pemimpin fasis Britain 1930an, Oswald Mosley.

Mosley mengalami tragedi keluarga pada 2009 apabila anak lelakinya, Alexander meninggal dunia pada usia 39 tahun.

Pihak koroner memaklumkan punca kematian Alexander adalah di-sebabkan oleh penyalahgunaan dadah tidak terkawal. – AFP

Bekas presiden FIA, Max Mosley telah meninggal dunia pada usia 81 tahun.– AFP