Bekas presiden Kazakh sudah sembuh

NUR-SULTAN, KAZAKHSTAN, 2 JULAI – Bekas presiden Kazakhstan sudah sembuh dari koronavirus, kata jurucakapnya hari ini, ketika negara Asia Tengah itu memperketatkan sekatan virus bagi membendung gelombang kedua jangkitan.

Nursultan Nazarbayev, yang berusia 80 tahun pada Isnin, berkhidmat sebagai presiden selama hampir tiga dekad sebelum menyerahkan tampuk pemerintahan kepada Kassym-Jomart Tokayev tahun lalu.

Beliau didiagnosis koronavirus bulan lalu, namun diuji negatif hari ini, kata setiausaha akhbar, Aidos Ukibay.

Ukibay sebelumnya mengatakan Nazarbayev tidak mengalami simptom virus meskipun didiagosis.

Setakat ini, Kazakhstan mencatatkan lebih empat kali ganda kes jangkitan sejak awal Jun, mencecah 42,574 kes dan 188 korban jiwa setakat hari ini. – AFP