Bekas presiden Kazakhstan positif COVID-19

NUR-SULTAN, KAZAKHSTAN, 18 JUN – Bekas presiden Kazakhstan yang berusia 79 tahun yang digelar ‘Pemimpin Bangsa’, Nursultan Nazarbayev telah diuji positif koronavirus, menurut laman webnya hari ini, ketika para pegawai memberi amaran potensi lockdown kedua untuk mengekang pertambahan dalam kes.

“Ketika ini, presiden pertama Kazakhstan menjalani pengasingan diri, malangnya ujian terakhir…untuk jangkitan COVID-19 menunjukkan keputusan positif.

“Tidak perlu bimbang,” menurut laman web itu.

Laman itu juga memaklumkan, Nazarbayev akan ‘terus bekerja dari jauh’.

Nazarbayev, pemimpin yang akan berusia 80 tahun bulan depan, berkhidmat sebagai presiden Kazakhstan hampir tiga dekad sebelum menyerahkan jawatan kepada penggantinya, Kassym-Jomart Tokayev, tahun lalu. – AFP