Bekas presiden Maldives ‘kritikal’ setelah cubaan bunuh

MALE, MALDIVES, 7 MEI – Mantan presiden Maldives, Mohamed Nasheed berada dalam keadaan ‘kritikal’ hari ini berikutan cubaan bunuh, kata doktor.

Nasheed, 53, presiden pertama yang dipilih secara demokratik di Maldives dan masih merupakan tokoh penting dalam politik negara pulau itu, dikejarkan ke hospital setelah serangan letupan lewat semalam.

Sejak itu beliau telah menjalani operasi menyelamatkan nyawa selama 16 jam di ibu kota Male kerana cedera di kepala, dada, perut dan anggota badannya.

Hospital ADK swasta mengatakan hari ini bahawa Nasheed berada dalam keadaan kritikal dalam unit rawatan intensif. – AFP