BANDARAYA MEXICO, 3 OGOS – Pejabat Peguam Negara Mexico kelmarin berkata pihaknya telah membuka beberapa kertas siasatan terhadap bekas Presiden Enrique Pena Nieto, beberapa minggu setelah agensi pencegahan penggubahan wang haram negara itu menuduh bekas pemimpin tersebut memiliki jutaan dolar yang disyaki diperoleh dari dana haram.
Kenyataan akhbar merujuk bekas presiden itu sebagai “Enrique ‘P’”, sejajar dengan undang-undang Mexico untuk tidak mendedahkan identiti mereka yang berhadapan tuduhan.
Namun, pegawai dari jabatan pendakwa raya mengesahkan bahawa yang dimaksudkan adalah Peno Nieto.
Ketua Unit Intelek Kewangan, Pablo Gomez, bulan lepas berkata sebuah syarikat yang dimiliki oleh keluarga Pena Nieto mempunyai ‘hubungan simbolik’ dengan sebuah firma yang menerima kira-kira AS$500 juta kontrak semasa Pena Nieto menjawat jawatan presiden negara itu. – AP