ISLAMABAD, 5 OKT – Sebuah mahkamah Pakistan hari ini mendakwa bekas Presiden Asif Ali Zardari dalam dua kes rasuah, menambah cabaran perundangan yang menghadapi penggubal undang-undang pembangkang dan balu bekas Perdana Menteri Pakistan Benazir Bhutto.
Perkembangan terbaharu keluar tatkala parti Zardari dan sekutu antikerajaan utama bersedia untuk mengadakan rapat besar-besaran menentang Perdana Menteri Imran Khan pada akhir bulan ini. Zardari dibebaskan dengan ikat jamin berdasarkan sebab-sebab kesihatan pada Disember lalu, enam bulan selepas penahanan beliau.
Zardari menjadi presiden pada 2008, selepas bekas diktator tentera Pakistan Pervez Musharraf dipaksa meletak jawatan. Bhutto menjadi perdana menteri dua kali sebelum beliau dibunuh oleh Taliban dalam serangan bom pada 2007. Zardari berkhidmat sebagai presiden Pakistan sehingga 2013.
Semasa hadir di mahkamah di ibu negara hari ini, Zardari mengaku tidak bersalah terhadap dakwaan menggubah wang dan rasuah. Beliau kemudian memberitahu wartawan beliau tidak terkejut dengan pendakwaan kerana ia adalah sesuatu yang sering dihadapinya setiap kali beliau melancarkan tentangan bagi parti pembangkang.
Seorang ahli parlimen, Zardari dituduh mempunyai puluhan akaun bank palsu, dakwaan yang dinafinya, berkata beliau telah menjadi mangsa politik oleh kerajaan Khan. Sejak menerajui tampuk pentadbiran, Khan berjanji akan menunaikan janji kempen pilihan raya untuk membanteras rasuah.
Kerajaan berkata kes rasuah ke atas Zardari bermula semasa pemerintahan bekas Perdana Menteri Nawaz Sharif. – AP