Bekas presiden Peru bunuh diri

LIMA, Peru, 18 April – Bekas Presiden Alan Garcia mencederakan dirinya sendiri dengan melakukan tembakan ke kepalanya kelmarin ketika para pegawai menunggu untuk menangkapnya kerana dipercayai terlibat dengan skandal rasuah gergasi pembinaan Brazil, Odebrecht.

Pihak berkuasa memecah pintu rumah Garcia di ibu kota Peru selepas mendengar tembakan. Bekas ketua negara berusia 69 tahun itu segera dikejarkan ke hospital, di mana sebuah pasukan doktor telah melakukan pembedahan kecemasan tetapi tidak dapat menyelamatkannya.

“Presiden, kecewa atas situasi ini, mengalami kecelakaan yang mengerikan ini,” kata peguamnya, Erasmo Reyna.

Ia merupakan satu perkara yang mengejutkan bagi seorang individu yang memerintah Peru sebanyak dua kali, iaitu pada tahun 1980an dan lebih daripada dua dekad kemudiannya. Dalam tahun-tahun kebelakangan ini, dia telah dikaitkan dengan skandal rasuah terbesar Amerika Latin, satu penyiasatan yang mengejutkan mengenai urusan ahli politik dengan syarikat pembinaan gergasi Brazil, Odebrecht.

Tiada negara di luar Brazil telah pergi sejauh Peru dalam mendakwa ahli-ahli politik yang terikat dengan Odebrecht. Ahli politik Peru telah menyifatkan siasatan itu sebagai pemburu dalang daripada ahli politik. Pendakwa raya dan penasihat anti rasuah menegaskan penangkapan itu menunjukkan negara Amerika Selatan akhirnya menggesa pemimpin tertinggi itu untuk bertanggungjawab.

Beberapa pemimpin menyeru rakyat Peru untuk mengetepikan urusan politik tatkala negara itu sedang berkabung bagi pemergian Garcia. – AFP

Pemimpin parti mengucapkan selamat tinggal kepada pemimpin APRA, Alan Garcia semasa berdiri bagi memberi penghormatan terakhir di ibu pejabat APRA, Amerika di Lima pada 17 April lalu. – AFP