Monday, March 27, 2023
21.7 C
Brunei

-

Bekas Presiden Peru terima hukuman penjara

MEXICO CITY, 10 MAC – Mahkamah Agung Peru kelmarin meluluskan permohonan pendakwa raya untuk menahan bekas presiden Pedro Castillo selama tiga tahun dengan
sabitan kes jenayah terancang.

“Mahkamah Agung telah menjatuhkan hukuman penjara pra perbicaraan selama 36 bulan terhadap Pedro Castillo kerana didakwa mempunyai kaitan dengan organisasi jenayah bagi kesalahan yang dilakukan di Petroperu (syarikat minyak milik kerajaan), kementerian pengangkutan, perumahan, pembinaan dan kesihatan,” menurut mahkamah dalam melalui Twitter.

Pemimpin itu dipenjarakan sejak 7 Disember lalu, dan ditahan selepas cuba membubarkan parlimen.

Perdana Menteri ketika itu Dina Boluarte mengangkat sumpah sebagai presiden baharu dalam masa dua jam selepas pemerintahan Castillo digulingkan.

Pada pertengahan Disember, Castillo dijatuhi hukuman penjara 18 bulan sebelum perbicaraan.

Castillo boleh berdepan hukuman penjara sehingga 32 tahun jika terbukti mempunyai kaitan dengan jenayah terancang.

Peristiwa ini telah mencetuskan gelombang protes di seluruh negara.

Penunjuk perasaan mengecam kerajaan sedia ada dan menggesa pilihan raya presiden diadakan segera dan Parlimen dibubarkan.

Lebih 20 orang terbunuh dalam protes itu, menurut media tempatan. – Bernama

Gambar pada 29 November 2022, Pedro Castillo semasa sidang media di istana presiden La Moneda di Santiago semasa lawatannya ke Chile. – AFP
- Advertisment -

Disyorkan Untuk Anda

Menteri luar NZ luah kerisauan terhadap china

BEIJING, 26 MAC - Menteri Luar New Zealand, Nanaia Mahuta telah menyatakan kebimbangan kepada China mengenai sebarang peruntukan bantuan mematikan untuk menyokong Rusia dalam...
- Advertisment -