Friday, April 19, 2024
25.5 C
Brunei

    -

    Bekas presiden pulangkan anjing dihadiahkan Korea Utara

    SEOUL, 7 NOV – Bekas Presiden Korea Selatan Moon Jae-in pada hari ini berhasrat memulangkan sepasang anjing dan anak anjing yang kini dalam peliharaannya selepas pemimpin Korea Utara Kim Jong-un menghadiahkan haiwan berkenaan pada 2018.

    Pemimpin Korea Utara itu menghadiahi Moon sepasang anjing baka Pungsan yang bernama Songkang (jantan) dan Gomi (betina) selepas sidang kemuncak ketiga mereka di Pyongyang pada September 2018, menurut agensi berita Yonhap.

    Selepas bersara pada Mei lalu, Moon membawa tiga anjing berkenaan tinggal bersamanya di kediaman peribadinya di Yangsan. Di bawah Akta Rekod Presiden, anjing Korea Utara yang diklasifikasikan sebagai rekod presiden dilarang tinggal bersama Moon selepas bersara dan sepatutnya dikembalikan ke Arkib Presiden.

    Bagaimanapun, Arkib Presiden menandatangani perjanjian dengan Moon bagi membenarkan haiwan itu diletak di bawah jagaan beliau bermula 9 Mei kerana ketiadaan kemudahan menjaga haiwan serta untuk kebajikan anjing berkenaan.

    Perjanjian itu menetapkan bahawa bekalan dan perbelanjaan untuk membiak dan mengurus anjing itu boleh dibayar mengikut bajet. Permintaan itu dibuat susulan kos menguruskan tiga ekor anjing itu mencecah kira-kira AS$1,783 sebulan.

    Anjing baka Pungsan berasal dari kawasan pergunungan di Utara, terkenal dengan sifatnya yang tangkas, bijak dan ganas tetapi mesra dan setia kepada tuan mereka. – Bernama

    Bekas Presiden Korea Selatan Moon Jae-in dan isteri bergambar bersama sepasang anjing dan anak anjing yang kini dalam peliharaannya selepas pemimpin Korea Utara Kim Jong-un menghadiahkan haiwan berkenaan pada 2018. – Agensi
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Mahkamah batalkan sabitan bekas Presiden Maldives Abdulla Yameen

    NEW DELHI, 19 APRIL - Mahkamah di Maldives membatalkan sabitan bekas Presiden Abdulla Yameen atas tuduhan rasuah, kelmarin. Panel tiga hakim Mahkamah Tinggi memutuskan bahawa...