Bekas presiden Tanzania meninggal dunia

MOSCOW, 24 JULAI – Bekas Presiden Tanzania Benjamin William Mkapa meninggal dunia pada usia 81 tahun, lapor agensi berita Sputnik, memetik penyandang jawatan John Magufuli pada hari ini.

“Benjamin William Mkapa, Presiden ketiga Tanzania, meninggal dunia di sebuah hospital di Dar es Salaam,” kata Magufuli.

Mkapa menjadi presiden pada 1995-2005. Beliau pernah memegang jawatan menteri luar negeri dan berkhidmat dengan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB). – Bernama