BANGKOK, 20 Julai – Mahkamah Thailand mendakwa seorang bekas sami hari ini dengan tuduhan merogol seorang gadis bawah umur, penipuan dan pembersihan wang, selepas dia diserahkan balik dari AS.
Thailand adalah sebuah negara yang majoriti penduduknya beragama Buddha dengan kira-kira 300,000 lelaki berjubah jingga, namun golongan sami dilanda skandal-skandal yang menjadi tumpuan. Wiraphon Sukphon, 37 tahun, diberkas setibanya di lapangan terbang utama Bangkok lewat semalam dari AS, negara tempat dia menubuhkan pusat tidak rasmi mengajar agama Buddha selepas melarikan diri dari Thailand pada tahun 2013. Dia berdepan sejumlah lima tuduhan termasuklah merogol gadis berusia di bawah 15 tahun, yang boleh membawa kepada hukuman sehingga 20 tahun.
“Mahkamah Jenayah telah menerima akan mendengarkan kes terhadap Wiraphon,” Worranan Srilum, jurucakap bagi unit polis Jabatan Siasatan Khas (DSI) memberitahu AFP.
“Defendan tidak memohon ikat jamin.”
Wiraphon menjadi tajuk akhbar pada tahun 2013 apabila gambar memaparkan dia bersama dua orang lagi sami di dalam jet persendirian dengan mengenakan kaca mata dan memegang beg pereka Louis Vuitton. – yang mengakibatkan dia meraih nama jolokan tabloid ‘sami jet-set’.
Penyiasatan berikutnya telah membawa kepada perampasan asetnya bernilai $770,000, termasuklah sebuah kereta Porsche dan sebuah kereta Mercedes Benz, dan 41 akaun bank.
Dia telah menjadi ayah kepada gadis yang telah dirogolnya.
Sami yang telah dicemari skandal itu menggunakan nama Luang Pu Nen Kham untuk menyokong dakwaan dia penjelmaan semula sami tersohor yang telah menunjukkan keajaiban. – AFP