Bekas suami ‘bakar’ isteri, dihukum mati

BEIJING, 14 OKT – Seorang lelaki China telah dijatuhkan hukuman mati kerana membunuh bekas isterinya semasa dia sedang bersiaran langsung, kata mahkamah hari ini, dalam satu kes yang mengejutkan negara dan menimbulkan kemarahan awam berhubung keganasan rumah tangga itu.

Amuchu, seorang vlogger Tibet berusia 30 tahun terkenal dalam media sosial sebagai Lamu, meninggal dunia selepas disimbah gasolin dan dibakar oleh bekas suaminya, Tang Lu pada September tahun lalu. Dia meninggal di hospital dua minggu kemudian.

Amuchu menceraikan Tang – yang mempunyai sejarah keganasan ke atasnya, kata mahkamah – pada Jun 2020, hanya beberapa bulan sebelum dia dibunuh di rumah ayahnya.

Lelaki itu dijatuhkan hukuman mati atas kesalahan homisid oleh mahkamah di Wilayah Aba, Sichuan yang mempunyai ramai etnik Tibet.

Menurut mahkamah, jenayah yang dilakukannya itu sangat kejam dan memberi impak sosial yang sangat teruk, serta menggesa ‘hukuman lebih berat’ mengikut undang-undang.

Dalam Douyin – versi TikTok China – Amuchu sering berkongsi video mengenai kehidupan hariannya seperti masakan, mendaki gunung, meniru lagu dengan berpakaian tradisional Tibet. – AFP