Thursday, April 25, 2024
29.9 C
Brunei

    -

    Bekas suami tidak yakin perkahwinan J-Lo kekal

    Ojani Noa, suami pertama Jennifer Lopez, memberikan tanggapannya berkaitan pernikahan bekas isterinya dengan Ben Affleck. Menurut Ojani Noa, pernikahan bekas isterinya itu akan berakhir dengan perceraian seperti yang terjadi sebelumnya.

    “Aku terus mendoakan yang terbaik untuk Jennifer Lopez dan Ben Affleck. Namun, aku benar-benar tidak yakin jika perkahwinan mereka akan bertahan lama,” kata Ojani Ona kepada Daily Mail.

    Ojani Noa menambahkan bahawa bekas isterinya itu memang mudah jatuh cinta. Namun, ia menilai bahawa Jennifer Lopez tidak pandai dalam mempertahankan hubungan.

    “Jennifer Lopez suka jatuh cinta dan dia sudah bertunangan selama enam kali. Ben Affleck adalah suaminya yang keempat,” kata Ojani.

    “Saya masih ingat saat saya menjadi suami pertamanya. Dia berkata saya adalah cinta pertamanya dan akan terus bersama selamanya,” sambungnya.

    Sejak itu, Ojani Noa menyebut bahawa Jennifer Lopez hanya pandai berkata manis.

    Dipetik dari Wolipop, Ojani Noa dan Jennifer Lopez berkahwin hanya setahun sahaja antara 1997 hingga 1998.

    Pasangan ini kali pertama bertemu ketika Ojani Noa masih bekerja sebagai pencuci pinggan di sebuah restoran di Miami, Amerika Syarikat, sebelum Jennifer Lopez debut sebagai pelakon. – Agensi

    Ojani Noa mendedahkan bahawa Jennifer Lopez adalah seorang yang mudah jatuh cinta dan hanya pandai berkata manis. – Agensi
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Hingga 160 paus pilot terdampar di Australia, sekurang-kurangnya 26 maut

    MELBOURNE, 25 APRIL - Sehingga 160 ekor paus pilot bersirip panjang terdampar di pantai barat Australia hari ini dan sekurang-kurangnya 26 maut sebelum pihak...