Bekas teman lelaki Alya Iman mengaku silap

Sejak minggu lalu, dunia hiburan kecoh dengan kisah pelakon baharu Alya Iman didakwa menjalinkan hubungan sulit dengan ahli perniagaan berstatus suami orang dengan tujuan untuk mengikis harta lelaki tersebut.

Sepanjang isu tersebut diperkatakan, ahli perniagaan itu yang dikenali sebagai Mahathir Mohd hanya ‘mengunci mulut’ dan membiarkan sahaja warganet menyerang laman sosial miliknya.

Bagaimanapun, setelah beberapa hari mendiamkan diri akhirnya Mahathir tampil bersuara dan berharap orang ramai berhenti meninggalkan komen negatif kepada dia dan isteri, dikenali dengan nama Penny Salman.

Menerusi posting bersama gambar anaknya, Mahathir mengakui kesilapan yang dilakukan dan mengucapkan terima kasih kepada warganet kerana mengambil berat tentang isu rumah tangganya.

Mahathir memilih untuk menutup ruang komen di setiap posting di laman Instagram setelah menerima pelbagai kritikan dan kecaman.

Alya yang juga anak kepada pelakon legenda Allahyarham Azmil Mustapha turut memohon maaf secara terbuka kepada semua pihak yang tersinggung dengan perbuatannya. – Agensi

Baru-baru ini, isteri kepada Mahathir iaitu Penny Salman melalui Instagram mendakwa Alya merampas dan mengikis harta suaminya selama setahun.

Menerusi laporan mStar baru-baru ini, Alya tampil menjelaskan perkara itu dan mengakui dia dan lelaki tersebut sudah mengikat tali pertunangan namun memutuskan hubungan tersebut pada Mac.

Alya yang juga anak kepada pelakon legenda Allahyarham Azmil Mustapha turut memohon maaf secara terbuka kepada semua pihak yang tersinggung dengan perbuatannya.

“Dulu saya muda dan naif, saya minta maaf kepada semua yang saya pernah sakiti. Saya terima semua nasihat, kecaman, sindiran dan fitnah sebagai sesuatu yang mematangkan saya.

“Saya akui pernah melakukan kesilapan di masa lalu, tapi saya yakin Allah Maha Adil dan Maha Berkuasa. Saya berdoa dan berusaha agar kehidupan saya menjadi kehidupan yang diberkati dan diredai Allah,” katanya. – Bernama